Wednesday, July 29, 2009

Doa Yaasiin Malam Nisfu Sya’ban

Pada 5 ogos 2009 (Rabu) bersamaan 15 sya’ban 1430 hijrah umat Islam disunatkan membaca Yaasiin selepas solat maghrib sempena malam nisfu sya’ban. Di sini saya ade nyatakan kaifiatnya dan doanya:Hendaklah baca surah Yaasiin tiga kali, setiap kali diikuti doa di bawah ini disertai dengan niat:

1.Bacaan pertama mohon panjang umur dalam kebajikan.

2.Bacaan kedua mohon dimurahkan rezeki yang halal.

3.Bacaan ketiga mohon iman yang sempurna semasa mati kelak.

Doa Yaasiin Malam Nisfu Sya’ban

بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدَنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. اَللَّهُمَّ يَا ذَالْمَنِّ وَلاَ يَمُنُّ عَلَيْهِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا ذَا الطَّوْلِ وَالاِنْعَامِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ ظَهْرَ اللاَّجِيْنَ وَجَارَالْمُسْتَجِيْرِيْنَ وَاَمَانَ الْخَائِفِيْنَ. اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ كَتَبْتَنِى عِنْدَكَ فِى اُمِّ الْكِتَابِ شَقِيًّا اَوْ مَحْرُومًا اَوْ مَطْرُودًا اَوْ مُقْتَرًّا عَلَىَّ فِى الرِّزْقِ فَامْحُ اللَّهُمَّ بِفَضْلِكَ شَقَاوَتِى وَحِرْمَانِى وَطَرْدِى وَاقْتِتَارَ رِزْقِى وَاَثْبِتْنِى عِنْدَكَ فِى اُمِّ الْكِتَابِ سَعِيْدًا مَرْزُوقًا مُوَفَّقًا لِلْخَيْرَاتِ فَإِنَّكَ قُلْتَ وَقَوْلُكَ الْحَقُّ فِى كِتَابِكَ الْمُنَزَّلِ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّكَ الْمُرْسَلِ َيمْحُو الله مَا يَشَاءُ وَيُثْبِتُ وَعِنْدَهُ اُمُّ الْكِتَابِ. إِلَهِى بِالتَّجَلِّى اْلأَعْظَمِ فِى لَيْلَةِ النِّصْفِ مِنْ شَهْرِ شَعْبَانَ الْمُكَرَّمِ الَّتِي يُفْرَقُ فِيْهَا كُلُّ اَمْرٍ حَكِيْمٍ وَيُبْرَمُ اَنْ تَكْشِفَ عَنَّا مِنَ الْبَلاَءِ مَا نَعْلَمُ وَمَا لاَ نَعْلَمُ وَمَا اَنْتَ بِهِ اَعْلَمُ اِنَّكَ اَنْتَ اْلاَعَزُّ اْلاَكْرَمُ. وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ للهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

Ertinya: Ya Allah, Ya Tuhan yang membangkitkan dan tidaklah ada seorang pun yang membangkitkan Dia. Ya Tuhan yang memiliki kebesaran dan Maha Mulia. Tuhan yang Maha Pemurah dan Pemberi Nikmat. Tidak ada Tuhan yang lain, melainkan engkau yang menolong orang-orang yang memohon pertolongan dan Maha Pelindung orang-orang yang memohon perlindungan dan Tuhan yang memberi keamanan dari sekalian yang menakutkan. Ya Allah, andainya telah Engkau takdirkan di sisiMu pada Azali, bahawa aku celaka,sedikit rezeki, terusir dan diharamkan akan daku, maka mohonlah aku agar dipupuskan (apa yang tersurat dalam Azali itu), dengan kemurahanMu Ya Allah, mohonlah Engkau tukar pada Azali itu dari kecelakaan mahupun sedikit rezeki, juga yang lainnya mohonlah itu ditukar ganti dengan’bahagia’ lagi dengan mendapat rezeki yang akan dipergunakan kepada kebaikan. Sesungguhnya Engkau telah mengatakan sebagaimana yang tercantum dalam kata-kataMu yang hak, di dalam KitabMu yang diturunkan atas lidah nabiMu yang diutus(al-Quran yang diturunkan kepada Muhammad) iaitu firmanMu dihapuskan Allah barang yang dikehendakinya dan ditetapkan dengan keagunganMu pada malam Nisfu Sya’ban yang mulia ini yang padanya memisahkan tiap-tiap persoalan dan urusan yang tepat dan yang dipastikan, bahawa mohonlah kami Ya Allah, agar Engkau singkirkanlah dari kami sebarang bala bencana, yang kami ketahui mahupun yang tidak kami ketahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui dengannya, sesungguhnya Engkau Maha Mulia dan Maha pemurah. Moga-moga Allah mengurniai kebahagiaan dan kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat sekalian, dan segala puji adalah tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam.

No comments:

Post a Comment